Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengendalikan aduan/maklum balas ke atas sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Pelanggan yang berhasrat untuk mengemukakan maklum balas diminta memastikan butiran maklum balas di bawah adalah lengkap untuk memudahkan proses siasatan/tindakan. Sila nyatakan :
Tarikh kejadian dan lokasi kejadian yang spesifik (Sila nyatakan lokasi Perhutanan/Hutan Lipur/Hutan Taman Negeri/Bahagian/Unit/PPN yang berkaitan serta foto/video kejadian jika ada).
JPSM berhak menolak aduan yang dikemukakan sekiranya pengadu enggan memberikan maklumat yang betul dan lengkap, aduan yang berniat jahat, berbentuk ugutan atau ancaman dan sebarang aduan yang menggunakan bahasa kesat dan lucah seperti yang dinyatakan di laman web BPA.
JPSM juga tidak akan mencampuri dalam urusan aduan yang melibatkan keputusan mana-mana kes di bawah tindakan mahkamah atau seumpamanya serta mana-mana kes pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara industri/syarikat/pertubuhan/individu yang tiada kaitan dengan peranan/fungsi JPSM.