1. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tidak. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.
2. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Boleh, dengan izin pengadu.
3. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
Boleh, sekiranya aduan telah melibatkan kepentingan awam dan maklumat yang mencukupi diterima untuk membolehkan siasatan dilakukan.
4. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh JPSM?
- Tindakan Yang Tidak Menepati Kehendak Pelanggan (Kepuasan Pelanggan – Sistem Permit / Lesen);
- Kegagalan Penguatkuasaan (Pemantauan / Operasi);
- Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter Dan Telefon (Perkhidmatan Pelanggan – Sikap / Layanan);
- Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan (Melanggar Arahan);
- Tindakan Tidak Adil (Kepuasan Pelanggan – Bias);
- Kekurangan Kemudahan Awam (Fasiliti Taman Eko Rimba & Hutan Taman Negeri / Pusat Latihan / Perpustakaan / Pejabat);
- Salah Guna Kuasa/ Penyelewengan (Rasuah / Tidak Melaksanakan Tugas);
- Salah Laku Anggota Awam (Tatatertib – Tidak Hadir Bertugas / Ingkar Arahan / Gangguan Seksual);
- Kepincangan Pelaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang (Pelanggaran Akta); dan
- Pelbagai Aduan (Tiada kaitan / berada diluar bidang kuasa Jabatan Perhutanan).
5. Bagaimana cara saya membuat aduan?
- Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
- Laman sesawang : www.forestry.gov.my
- E-mel : webmaster@forestry.gov.my
- Telefon : 03 - 2616 4488
- Surat :
Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin50660 Kuala Lumpur.
6. Apa berlaku kepada aduan saya?
- JPSM akan mengeluarkan nombor kes / rujukan setelah didaftar dalam sistem.
- JPSM menghantar Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu.
- JPSM menghantar Surat Arahan Siasatan kepada Jabatan/Agensi berkaitan.
- Siasatan dijalankan.
- Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.
- JPSM maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu.
7. Berapa lama JPSM membuat siasatan?
Standard Operating Procedures (SOP) JPSM , tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes Biasa dan Kompleks. Tempoh penyelesaian aduan biasa adalah dalam tempoh 15 hari bekerja manakala tempoh penyelesaian bagi aduan kompleks adalah dari 16 hingga 365 hari.
8. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?
Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklumbalas menggunakan nombor rujukan/ kes yang telah didaftar dalam sistem.
9. Berapa lama pertanyaan awam akan dijawab?
Pertanyaan awam (public enquiries) perlu dijawab dalam tempoh 15 hari bekerja.